PEMADAM iaitu
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut
perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau
yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.
Yang DiPertua
PEMADAM Kebangsaan :
i. YB Dato'
Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 - Mei 1976
ii. YB Dato'
Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun 1976 - Mei 1987.
iii.YB Tan Sri
Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang DiPertua
Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.
iv. YB Dato'
Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM
Keempat pada 16 Disember 1999 - Oktober 2006.
v. YB Dato'
Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah
dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga
kini.
PEMADAM
ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM
Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan
program dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang
bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan
unit.
PEMADAM telah
dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi " a household
name ". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas
membantu kerajaan memerangi DADAH- Musuh Utama Negara.
Di dalam
negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan beberapa
kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia
dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja
Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu
sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.
Peranan dan
tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej
anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia,
pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel
diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran
mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.
PEMADAM telah
menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program
seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti
dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah dan
juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi
informasi ini.
Walaupun
PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun PEMADAM
sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang terdekat
dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu,
PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahli-ahli
keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silent
sufferers ".
Di luar negara,
di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif sekali, khususnya di
negara-negara jiran ASEAN dan di rantau Asia . PEMADAM menjadi pertubuhan
pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non Government
Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah.
Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. IFNGO juga telah
melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk
negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC
(Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.PEMADAM juga turut aktif
di dalam aktiviti-aktiviti WFTC( World Federation of Therapeutic Communities)
dan forum-forum anti dadah lain yang dianjurkan samada oleh Colombo Plan atau
lain-lain Agensi Anti Dadah Bangsa-Bangsa Bersatu.

No comments:
Post a Comment